Sunday, September 6, 2009

Bill Gates yang 'SuperBillion'


Kenapa Bill Gates Kaya Raya?







Salah satu sebab beliau kaya raya kerana beliau hanya mengeluarkan modal sekali untuk membangunkan perisian Microsoft dan menjual produknya berkali-kali. Itulah yg membuatkan beliau sehingga sekarang menjadi manusia paling kaya di dunia.
Anda tentu boleh bayangkan sudah berapa ramai orang membeli produk beliau. Tak kira di pejabat, rumah atau sekolah rata-ratanya memakai sistem operasi Windows.
Sebenarnya utk sampai ke tahap beliau berada sekarang bukanlah suatu perkara yg mudah. Tapi ia sudah menjadi mudah bila 'Brand' sudah menjadi kukuh sebut sahaja Windows pasti semua orang sudah tahu.
Begitulah yang sedang di usahakan oleh syarikat bumiputera ini (Hypernet Resources Sdn Bhd) untuk mengembangkan sayap perniagaannya dengan menjual produknya berkali-kali di samping memberi imbuhan kepada reseller2 melalui program perniagaannya berkonsepkan affiliate.
Ada yg bertanya apa affiliate ni? Affiliate ni maksudnya 'sekutu' atau 'agen'. Cara perniagaannya nak bagi org faham... agen/ahli(apa2 yg sewaktu maksud dengannya) diberi komisen kpd ahli yang berjaya menjual kepada ahli lain.
Serupalah dengan mana2 perniagaan pun...kalau jadi agen jual kereta baru/terpakai org tu dpt habuan dia bila berjaya menjual sebuah kereta. Menjadi agen insuran atau tanah atau MLM dan macam-macam lagi semuanya ada komisen atau imbuhan masing-masing.
Biasanya 'newbie' melalui pengalaman saya sering nak tahu apa bisnes yang saya buat. Saya pun bagitau la...kdg2 saya cakap saya buat bis sms atau jual sms atau hantar sms dpt duit...dpt sms pun dpt duit. Kalau diaorg berminat baru saya terangkan dengan lebih terperinci bagaimana cara anda boleh jana income melalui biz ini. Bila tahu melibatkan orang ...macam2 alasan dia bagi malaslah...ooo kena jual kat org ke... dan mcm2 lg. Bagi yg sudah matang dia nampak alur tuju dia. Org mcm ni dia faham apa yg patut dia buat.
Sudah tentu perniagaan melibatkan org...bukannya dgn org utan. Pengaliran wang atau jual beli melibatkan antara manusia dengan manusia. Kalau anda jadi agen tanah pun anda perlu mencari pembeli/penyewa dan pembeli/penyewa itu juga adalah org. Kalau anda buka kelas tuisyen pun anda perlu mengajar kepada pelajar ...pelajar itu juga adalah org.
Begitulah mentaliti kebanyakan org Melayu...yg mengharapkan rezeki itu dtg dengan sendirinya. Jika sedemikian anda jenis yang suka duduk diam apa yang boleh saya syorkan kalau anda mempunyai wang yang banyak anda laburlah di unit amanah saham atau unit trust dan pelbagai lagi yang dilindungi oleh kerajaan dan hujung tahun anda akan menikmati dividennya.
Bagi kebanyakan org utk mencapai ke suatu tahap yang tinggi kita haruslah bermula dari bawah. Org-org seperti kita yang bukan anak raja,anak perdana menteri atau menantu org berada biasanya bermula dari bawah. Apabila kita berkecimpung dalam dunia perniagaan secara kecil-kecilan pun sebenarnya telah mengajar kita sedikit sebanyak selok-belok perniagaan,bagaimana kita berhadapan dgn org(berkomunikasi dan berinteraksi sesamai klien) dan cara kita menguruskan kewangan. Sebagai contoh, melalui pengalaman yg ada nk dpt satu tender atau projek bernilai jutaan ringgit pun memerlukan kita berhadapan dan menyakinkan klien kita.
Jika anda jenis yang suka membanting tulang...anda buatlah apa yang anda minat. Contoh anda mempunyai minat utk mereka grafik atau laman web. Gunalah kelebihan yg ada dengan sebaik-baiknya. Ada macam2 cara di zaman kecanggihan IT ini untuk kita mencari rezeki. Rezeki itu tidak akan datang kalau kita tidak mengusahakannya. Tuhan menuntut kita utk mencari rezeki yang halal. Mencari rezeki itu juga adalah satu ibadah. Insyallah di bulan puasa ini lagi limpah rezeki yang tuhan berikan. Amin!
Hukum alam mengatakan, apa yang anda beri dan taburkan, ianya akan menjadi hasil
Sekiranya anda merancang untuk taburkan sedikit usaha, maka sedikitlah pulangan anda.
Sekiranya anda merancang untuk menaburkan bergunung-gunung usaha, maka hebatlah pulangan yang anda akan terima.
Sekian.

No comments: